Logo Sekolah

Rajah di atas menunjukkan logo SK.Penampang. Logo yang ringkas ini melambangkan tradisi, falsafah dan visi sekolah. Asas logo terbina daripada bulatan yang secara tradisinya melambangkan prinsip kesepaduan dan permuafakatan menjana ilmu kepada semua pelajar dan seluruh warga SK.Penampang.

  1. Gunung Kinabalu adalah simbolik keutuhan dan komitmen sekolah ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani, dan jasmani.
  2. Obor melambangkan usaha sekolah yang berterusan ke arah mencemerlangkan psikomotor pelajar dalam pelbagai bidang kesukanan.
  3. Buku dan Titisan Dakwat adalah symbol kepada ilmu yang telah dicurahkan untuk memantapkan kekuatan intelek dan rohani semua pelajar.
  4. Topi Empat Segi membawa maksud kejayaan, kecemerlangan dan kesejahteraan pelajar ke arah pendidikan yang lebih tinggi.

Setiap warna pada logo sekolah turut mempunyai simbolik yang tertentu. Terdapat lima warna pada logo sekolah yang mendukung maksud yang berlainan. Warna dan maksudnya ialah :

  1. Merah melambangkan kepada tradisi perjuangan ilmu, perintis awal, keberanian dan kekuatan menghadapi cabaran.
  2. Putih melambangkan keikhlasan dan ketulusan perkhidmatan mendidik pelajar di peringkat awal.
  3. Biru melambangkan kekuatan, dinamisme dan kesepaduan jentera utama SK.Penampang.
  4. Kuning melambangkan ketelusun perkhidmatan ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
  5. Hijau melambangkan keharmonian, kestabilan, dan kecerian seluruh warga SK.Penampang.

Leave a comment