Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Dimpokuan merupakan sekolah baru dan terletak atas geran CL28343 yang mempunyai keluasan 2.239 hektar (5.533 ekar). Bangunan sekolah ini telah siap dibina sepenuhnya pada bulan Disember 2002 tetapi majlis penyerahan bangunan telah dilakukan lebih awal, iaitu pada 10 Mei 2002. Datuk Dr.Hamdan Hj.Mohammed selaku Timbalan Pengarah Pelajaran ketika itu telah mewakili Jabatan Pelajaran dalam upacara penyerahan itu.

Sekolah ini memulakan operasi pada 6 Januari 2003 dengan bilangan pelajar seramai 112 orang dan 7 orang guru. Guru Besar telah melapor diri pada 28 Mac 2003 menjadikan bilangan guru kepada 8 orang pada tahun itu.Empat buah kelas telah dibuka semasa sekolah ini memulakan operasinya,iaitu darjah 1 (2 buah kelas), darjah 2 (sebuah kelas), dan darjah 3 (sebuah kelas).

Bangunan sekolah mempunyai empat buah blok bangunan yang terdiri daripada 3 buah blok bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan satu tingkat. Blok bangunan 3 tingkat itu pula merangkumi sebuah blok pentadbiran (Blok Pentadbiran) dan dua buah blok bilik darjah (Blok A & B). Terdapat sebanyak 30 buah bilik darjah pada kedua-dua blok tersebut. Manakala bagi blok bangunan satu tingkat, sebuah kantin di tempatkan di bahagian bawahnya. Di bahagian atas pula adalah sebuah surau, stor SPBT, PJK, dan stor AM.

Sekolah ini turut dilengkapi dengan sebuah padang permainan kecil disamping 3 buah gelanggang sepak takraw / badminton. Tidak ketinggalan sebuah dewan terbuka serta bilik mesyuarat juga dimiliki di blok pentadbiran.

Pada sesi 2004, ahli jawatankuasa PIBG sekolah telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran untuk menukarkan nama sekolah kepada nama baru iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN PENAMPANG. Akhirnya pada tanggal 14 Jun 2007 nama sekolah yang baru telah mendapat kelulusan daripada pihak kementerian. Sehingga sekarang sekolah ini dikenali sebagai SK.PENAMPANG. Nama baru ini menunjukkan bahawa sekolah ini bersedia untuk bersaing dari segi pencapaian intelek, sahsiah serta mendukung nama Daerah Penampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s