Sila Muat turun Takwim di :  SINI

Advertisements
  • Selamat Kembali ke sekolah Penampang bagi Guru-Guru dan juga Murid-Murid yang lama dan ada juga yang baru. Perjuangan bermula awal Tahun 2013 yang indah dan disertai dengan semangat juang yang tinggi. 
  • Kepada murid-murid Tahun 1, Selamat datang ke SK PENAMPANG dan marilah berjuang bersama-sama ke arah pencapaian akademi yang cemerlang di tahun 2013 ini.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Pijak galah sambil berlari,
         Rupanya hujung sudah patah.
    Banyakkan usaha kepada diri,
         Masa diri muda dan mentah.

    Buah keras makan dikikir,
         Dibawa orang dari hulu.
    Barang kerja hendaklah difikir,
         Supaya jangan mendapat malu.

    Kapal layar bertiang tiga,
         Tiang keempat batangan galah.
    Amal ikhtiar bahagian kita,
         Hasil pendapat di tangan Allah.

    Bukan rusa sebarang rusa,
         Rusa larangan raja melayu.
    Jangan biasa membuat masa,
         Masa berjalan lepas selalu.